Monday, November 24, 2008

tahun 2008

hi!!


disebabkan aku byk sgt masa yang terluang pagi nih.(actually aku dpt detect 1 wifi yg belom ditutup lg walaupun jam dah pukul 4pg).. heheh..so aku menulis laahh....



hurm, jarang aku nk menulis panjang2 dlm blog aku nih.sbb aku tau actually takde org pun yang nak baca..sbb aku pun takde kwn2 blog..so takde laaa link2 ...sape2 yang terjumpa blog aku nih sudi2 lah baca..


lain blog..lain orang..lain personality..aku nih jenis yang mengikuti blog orang lain, n seperti biasa..tentang hidup..

ada tu.. dari kesah sedih ke tros klimaks gembira tak terkata.. ada tu kesah dari naik jatuh ke bawah.. mcm2 laa. dan yang pasti semua nya berkisar tentang kehidupan disaat2 nih.bukan untuk minggu depan bukan untuk tahun depan..saat ini, masa ini..


tahun 2008, adalah 1 tahun yang sangat menduga kesabaran aku. hampir semua aspek aku di duga. Sbb sebelum2 nih pun kes berbangkit mesti tentang teman hidup kekasih..masalah bla22...zZZZzzzZZZ...tapi tahun nih? huhu..

family, kwn rapat, kerja, tersayang, semuanya ...duga duga duga.. dulu aku byk amik kesah pasal orang lain. uih, byk..tapi skrg nih pelajaran pertama..."kecikkan skop anda"...dan kehidupan aku makin relaks. tak terkejar.dengan apa pun aku tatau..dulu hidup aku nih sibuk..sibuk dgn apa aku pun tatau.. padahal bukannya org penting pun. tapi saja menyebuk dlm kehidupan orang lain. hidup si anu..hidup si ini..ziarah si anu... lawat si ini.. lepak ngan si anu..eee...byk....


tp skrg.. kecik...kecik...kecik...skop.

family..ayang..kwn2 rapat aku.. dah. kerja? still menanti.(songeh bnyk)


yang keduanya.. "jangan terkejar-kejar". Hahah..sbb tak terkejar2 laa aku duk mengelamun tiap2 hari..berfikir..berfikir..percayalah. semakin hari semakin cantik. huhu... bukan muka laa.fikir... time aku duduk mcm nih aaa aku duk terpk..sbnrnya apa yang aku nak.. apa masalah aku skrg?? apa yang aku tak cukup lagi.. jangan cepat bg jawapan.. sbb takkan terjawab.. kalau diteliti dalam2... sbb aku rasa semua cukup..alhamdulillah. tapi orang selalu ckp.. "jgn cepat berpuas hati.. kejar lagi kejar lagi..." ko kejar apa bai?? :) sama ke apa yang dikejar...??? sedangkan ko pun tatau apa yang nk dikejar..nk suh aku kejar.. kejar masa?? aku biarkan masa kejar aku.. *seronok*

hohoh..sbb tu aku ckp aku nih tak reti nk menulis blog nih.. (penulisan time skolah gred rendah).. aku lebih suka bercakap. tapi tu dulu.. berckp...bebel...tah mana arah.. skrg ....aku perlu lebih teliti.supaya percakapan itu memberi kesan kepada siapa yang mendengar dan kepada diri aku sendiri. sebenarnya byk yang aku hendak cerita. tp akal ku begitu pantas berbicara tanpa sempat jari aku nk taip.. (owh..aku lmbt menaip)..

apa yang aku belajar??? tahun ini..

family aku; aku ini namanya anak tunggal perempuan. nak kata dimanja. semua anak2 mak bapak aku manjakan. sorang abang. dua org adik lelaki yang sgt memeningkan kepala mak aku. tp sepening2 kepala mak aku kat dorg..pening lagi memikirkan aku... disebabkan aku sudah putus hubungan dengan previous bf si "A" ibu aku pening memikirkan aku yang kini dengan si "R" yang mempunyai pelbagai kesah yang cantik untuk dirinya.. tetapi bukan untuk orang lain. pelbagai tohmahan dilemparkan yang kadangkala aku lari ingin tenang.tp di herdik kononnya aku ini sudah gila.. :) aku terima. sbb aku sahaja yang tahu..apa yang ada dalam hati aku. Sentiasa berdoa.. tak cukup dgn pening itu.ditambah pula dgn keinginan aku yang tidak mahu berkerja..hehehe..masih belum smpi waktu untuk aku bekerja lagi..pening aku pikir2!!

mama: kakak, bila nak keje..
aku: ade keje.. ADA buat parttime dulu leh??
mama: ikut suka lah,asal ko tak duduk saja2..bazir segulung ijazah ko tu ...
aku: ADa suka ngajar budak2, nanti ADA hntr resume kat PPD sepang..dekat dengan umah aqil (anak abang aku yang berumur 8 bulan)..pastu ade 2 lagi kat s.alam. jauh aa nk ulang alik kajang.. so kena cr umah sewa..
mama: kakak...............jangan lah jauh dari mama.duduk laa rumah.keje dekat2.mama nk tgk kakak tiap2 hari
aku: hayyyyyooooo... takpelah ma. ADA duduk je laa umah nih hntar mama g keje amik mak dr keje...


so?
aku rasa aku kawin time umur aku 40 thn..
tapi alhamdulillah,skrg mama lebih memahami..cuma belum cukup untuk terima keadaan yang ada..



kawan2 rapat aku;
mula renggang.mula berang. bila aku dengan si "R". Ahaks, kesian aku dgn ayang aku nih.. hurm, sabar ya .. masing2 tidak setuju dengan keputusan aku. sudah aku bilang, si "R" itu.. orang nya cantik di mata aku.. punya kesah cantik yang mungkin deruan air mata untuk kamu..tapi bukan pandangan orang lain. arghhh!!! mula2 aku menegakkan apa yang aku percaya..tapi makin lama..aku makin rasa kerenggangan itu. lalu, aku diam. tapi aku tak muram. aku senyum. mereka sayang aku.tp mereka tak nmpk diri mereka. apa yang perlu ditempelakkan. aku faham.. tapi mereka tak nampak.. aku terima. mungkin mereka nampak apa yang aku tak nampak.. terima kasih tegur aku.

so?
kita kawan jugak..sbb aku sayang kamu-kamu.
tapi alhamdulillah, keadaan mula reda..masing2 menerima..hnya menunggu..mungkin untuk ketawakan aku bila aku tiba2 merudum..atau untuk angkat aku...

sayang aku;

huaaaaaaa......aku lebih selesa menulis dalam diari aku.kerna tiada byk yg akan aku simpan rahasiakan. tapi disini cukup2 untuk basic2nya ya? huhu. aku ini sudah mula ingin muntah dengan istilah couple dan clash yang pada seingat aku..aku mulakan sejak aku dr tingkatan 3 lagi.hahahahaha... sunggoh monyet cinta itu. sampai lah aku ke universiti..masih kemonyetan.. tapi mengalami ketamadunan. ahaks! ngok.. tapi setiap hubungan aku.ada yang aku pelajari.tp intinya sama, cuma acuannya berbeza. sehingga pada 1 saat, aku hanya gelak walaupun hati aku ini ditarah2 oleh jantan.hohoh.. *bodoh* aku ini mencari cinta sejati dari insan yang lainnya. kadang2 aku ini dipanggil "cinta 1 semester" kerna kerap bertukar teman. kadang2 ada juga yang menegur. "setialah" hahaha.. aku ckp.. "fuck off"..ko belum tau apa-apa lagi. sudah sepuluh tahun berkecimpung. jatuh bangun... kadang aku diduga, kadang aku menduga dan sama2 terduga..dulunya; bagi aku..cinta itu perlu kata2 manis berdozen2 setiap masa, perlu ungkapan pujian kata puitis jingga tatkala nk masok tidur.belaian kasih mesra lemparan kata2 i love u yang kadang aku muak jelak nk dengar.. pelbagai.. percayalah. tnyalah aku, kesah yang bagaimana belum aku ketemu..semua sudah..

keputusan aku untuk putus dengan kekasih aku yg dulu, bukan kerna aku sudah gila dengan yang barunya.. tapi ada sesuatu yang tidak kena. seperti tidak sama rangkai pohonnya..bila ku kata ku rindu, tiada rasa dup dap dup dap.ahaks! tapi itu la nyatanya..bila katanya i love u.. ku rasakan ibarat.. "i nak makan"... ertinya tiada. kosong..hnya itu.. hnya..untuk puaskan hati aku. rasa aku dijulang. rasa aku puteri. rasa aku sungguh perfect. smpi aku kata cukup.. itu bukan aku.

lelaki yang ini... aku kata cukup.. cukup dia untuk aku.mencakupi. tapi tidak cukup untuk pandangan orang lain. aku tak mau peduli dulu kata2 org.. mari aku cerita kan lelaki ini..

mulanya dia datang.. bagai angin dari kipas. sekejap datang..sekejap tiada..hanya khabar ditanya
aku mula mencari apa yang dia ada yang buat aku tertanya2 kenapa aku perlukan dia ada..
masih aku belum temu dulu.. dan fikir aku." ahhh.,sama je ngan jantan lain karakter nya..boleh baca sgt dah"
tapi makin lama... akal aku jadi bingung.. patut kononnya dulu aku ingin menolongnya dengan hidup nya..kesah hidupnya yang cantik ...yang byk selok beloknya. pokok2nya.. becak serta pohon jatuh diatas jalan. mcm2 ....
hahahaha!! tp sbnrnya.. hidup aku lebih sadis aku yang patut di tolong.. tolong aku... tolong aku..papah aku..

mulutnya.bukan bebelan2 yang selalu aku dgr.."u nih sweet laa..u nih ini laaa..u nih itu laaaa" owh aku tak pernah dgr dulu.. kerana dianya seorang yang pemalu. waarkksss.. pemalu yang kadang kala buat aku termangu dan terpaku.
tapi bila mulutnya di buka. dengarlah.. kerna ianya ibarat pisau tajam. jaga2 .... selalu mengena. dia lebih suka membisu kalau tiada apa yang penting. tp kadangkala dia seronok bercerita gelak ketawa kdg2 org terkejot.. pelik. tapi kami suka...ikut suka...bukan kerna dia suka.tp kerna kata2 nya yang menyukakan.

aku ini boleh kira long distance relationship laa ngan dia. sesuatu yang tak penah aku lakukan.sebelum ini aku try.tp tak kena. sbb bg aku.. bila bercinta itu perlu satu. perlu ada disebelah aku.. setiap masa hendaknya. hahah..sekarang aku ini sedang seronok dengan diri aku...dia seronok dgn diri dia..dan kami seronok dengan berdua. sungguh pelik bg aku.. 1 benda baru.. percayalah..lebih byk masa untuk berfikir..

pelajarannya cukup pelik.. cara dia mengajar psikologi cara yang amat teliti. jangan cepat menempelak kelak ko akan tergelak malu kerna perlakuan itu ibarat mengejek bayang didepan cermin. perlu diteliti perlu didalami.. bukan ajaran dengan kata sayang... owh tidak. ibaratnya persis si ibu dan si bapa yang ingin mengajar anaknya..
terima kasih ayang...

kalau dikira aku ingin bercerita tentang dia..takkan habis. apa yang aku ingin cerita tentang aku ketika aku kini bersama dia. aku mula rasa tenang, aku mula rasa aku ini memerlukan diri aku sendiri..aku kuat kerana diri aku sendiri. lebih tentang diri..dan setiap apa yang tengah berubah bukan kerana dia...tapi kerana aku sendiri.. atas apa dia..

lebih mengerti dan memahami..tp belum cukup untuk merangkumi setiap apa yang ada disini dan disana.. masih diherdik...


kepada mama papa... tiada kasih setinggi mu di dunia ini sbg insan..
kepada kawan2 rapat... tiada cermin yang lebih jelas dari kamu..
kepada ayang... tiada insan yang dapat memahami aku lebih dari kamu..
kepada diri aku.. kenali lah diri mu..sayangi lah...





muashshshshss!!! zzZZZzzzZZZZ

No comments: